Subscribe Twitter

COMIC BOOKS

ALL PHOTOS ARE TAKEN FROM MY COLLECTION.
I'M NOT SELLING NEW BOOKS BUT USED BOOKS.
original price RM6.50 or RM7.50

MY COMIC COLLECTION
FEEL FREE TO BROWSE AND BUY ANYTHING YOU LIKE

01 - BUATMU PUISI TERPENDEK DI DUNIA
Art & Story By: Nakamura Sayumi
Synopsis: Kata-kata indah yang ditulis mewakili kerinduan di hati pasti akan menghasilkan puisi terhebat. Hatsune Konda seorang gadis yang sukakan puisi. Demi bertemu penulis pujaannya, Shuuya Yoshihara, Hatsune berusaha memasuki sekolah tinggi yang sama. Sewaktu memohon memasuki Kelab Puisi, Hatsune terserempak dengan teman baik Shuuya, Riku Kureno. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Price: RM 6
02 - SESUATU YANG INDAH
Art & Story By: Junko Sasaki
Synopsis: Setelah sekalian hari di dalam hidup berlalu hanya dengan berasaskan tanggungjawab di pejabat semata, Yuki Hanano pun lantas menukar identitinya kepada Katty pada suatu hujung minggu. Niatnya mudah; untuk mencari seorang 'arjuna'. Dari situ, dia pun mula mengenali seorang pria yang sememangnya terbaik baginya - yang hakikatnya adalah tuan pengerusi tempat kerjanya sendiri. Antologi cerita pendek ini menghimpun empat kisah wanita bekerjaya dalam pencarian cinta sejati.
Price: RM 5
03 - PLASTIC BABY
Art & Story By: Ryoko Mizoguchi
Synopsis:Kiriko sememangnya kelihatan seperti gadis-gadis biasa dari mata kasar namun siapa sangka bahawa dia adalah sebuah robot pada hakikatnya. Walau bagaimanapun, pada suatu hari, sesuatu yang mustahil terjadi, dia telah jatuh cinta kepada seseorang! Apakah akan terjadi seterusnya? Adakah rahsia bahawa dia adalah sebuah ciptaan akan terbongkar juga kelak?
Price: RM 5
04 - AKU CINTA PADAMU 
Art & Story By: Lee Si-Young
Synopsis: Aku cintakan dia sejak dulu lagi.. Jarak umur kami terlalu berbeza... Perhubungan yang dianggap dosa... Adakah mereka ditakdirkan bersama?
Price: RM 6
05 - KESAYUAN SEORANG GADIS
Art & Story By: Taamo
Price: RM 5
06 - KELAYAKAN CINDERELLA
Art & Story By: Kikuchi Kamaro
Synopsis: Aku bernama Makinose Sanae, 17 tahun. 'Putera yang menunggang kuda putih' yang diimpikan oleh setiap gadis ada di hadapan mataku!!! Hadiah utama untuk Super Eyeball pada Festival Kebangsaan adalah 'menjadi kekasih mutlak Sakaki Kazuhiro selama seminggu' dan aku telah memenanginya! Kini segalanya berubah. Aku ingin memastikan kisah kami ini menjadi sebuah kisah cinta nan suci hingga akhir hayat. Aku berhak untuk punya impian dan perasaan,kan? Andainya aku membuka pintu ke dunia Sasaki, mungkinkah ada perkara yang tidak menyenangkan akan berlaku?
Price: RM 5
07 - BLUE ELEMENT
Art & Story By: King Kong
Synopsis: Pada suatu malam, pegawai dari Jabatan Risikan Persekutuan, Ryza telah menerima panggilan telefon tentang kematian seorang ahli arkeologi bernama Profesor Sam yang merupakan kawan lamanya. Pada mayatnya, Ryza telah menemui sebuah buku catatan. Dengan bantuan seorang penyiasat bernama Miyako Syizume, Ryza cuba membongkar rahsia sebenar segala catatan ahli arkeologi itu yang berkait rapat dengan sebuah rahsia kuno dikenali sebagai Blue Element. Kini, Ryza dan Syizume perlu bertindak pantas; mendahului setiap pergerakan pembunuh Profesor Sam sebelum sumber yang dipercayai paling berkuasa di dunia jatuh ke tangan yang salah. Koleksi ini turut memuatkan sebuah cerita pendek eksklusif,'Konspirasi Genetik' karya King Kong; komentar daripada pelukis dan lakaran-lakaran serta tuturan proses pengkaryaan komik Blue Element.
Price: RM 5
08 - PUTERI DAN CINDERELLA
Art & Story By: Natsuna Kawase 
Synopsis: Kisah romantik impian dan cinta Puteri Tsubaki - pada majlis hari jadinya yang ke-16, ayahandanya iaitu raja telah bertitah bahawasanya dia mesti memilih calon bakal suami dengan segera. Merumitkan lagi keadaan apabila puteri meminta bantuan secara rahsia daripada seorang pemuda yang hidupnya bak "Cinderella" bernama Aoi...!!! Tajuk kecil lain yang terdapat dalam siri ini, "Kisah Lucu Selepas Sekolah", "Hadiah Dari Bintang Jatuh" dan "Kuartet Carta" - tiga tajuk yang ditampilkan sekali gus.
Price: RM 5
09 - GO NOTTY!
Art & Story By: Nizam Bachok
Synopsis: Akibat masalah kekurangan air di negaranya, Raja Basinas mengambil jalan terdesak dengan merancang untuk menakluki negara Alas yang kaya dengan sumber tersebut. Jalan pertama ialah dengan membunuh kesemua pahlawan ajaib yang bermastautin di negara itu. Hal ini mengajak seorang pahlawan bernama Hasbik untuk bangkit menentang bersama kumpulannya yang juga dianggotai oleh Notty yang dalam diam, menyimpan suatu rahsia zulmat.
Price: RM 5
10 - KEAJAIBAN KURUMI
Art & Story By: Yagami Chitose
Synopsis: Kurumi, seorang gadis yang periang menjumpai sebiji batu aneh di kedai datunya. Batu itu mampu menunaikan segala permintaan, namun satu-satunya impian Kurumi ialaah untuk bersama dengan Naoki, pemuda kacak di sekolahnya. Tetapi Naoki sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri. Mampukah Kurumi menjejaki kebahagiaannya?
Price: RM 5
11 - HIJAU DIRAJA
Art & Story By: Sugiyama Miwako
Synopsis: Kisah Kokoro, seorang pelajar perempuan yang selalu gagal dalam setiap perkara yang dilakukan. Hidupnya berubah setelah bertemu seorang lelaki. Malah Kokoro lulus ujian kemasukan sekolah tinggi impiannya selepas diberi kata-kata perangsang oleh lelaki tersebut. Kokoro ingin bertemu lagi dengannya namun klu yang ada hanyalah sehelai sapu tangan yang ditinggalkan. Tersulam pada sapu tangan itu ialah tandatangan Izumi,'putera' Kelab Teh Jepun sekolah tersebut. Apakah akan terjadi seterusnya?!
Price: RM6
12 - BERSAMAMU DI ROS BIRU
Art & Story By: Washio Mie
Synopsis: Buat pertama kali Kogiku datang ke Tokyo semata-mata hendak bersekolah di bandar itu. Dia tiba di Asrama Ros Biru yang sangat terkenal. Tempat yang seharusnya asrama perempuan, ia dipenuhi pelajar lelaki yang segak tampan bagaikan model. Apa yang akan berlaku seterusnya?! Kisah bersiri pendek yang popular ini akhirnya dijilidkan menjadi novel grafik, khas buat tatapan anda!
Price: RM 5
 13 - HATI YANG KACAU
Art & Story By: Nanajima Kana
Synopsis: Aku, Kurahashi Futaba, sedang dalam situasi mencari kekasih... Orang tu mestilah 'orang yang mampu menjaga diri sendiri'! Aku berharap dapat bertemu lelaki idaman tapi kenapa aku terlibat dalam cinta yang rumit pula?! Aku, teman lelaki aku iaitu kawan sejak kecil yang dah aku anggap macam adik sendiri, dan playboy nombor satu di sekolah... Inilah kisah tiga hati yang kacau-bilau, ditemukan menjadi sebuah kisah cinta!
Price: RM 5
14 - ORANGE KISS
Art & Story By: Usami Maki
Synopsis: Kijima Aka telah bermimpi. Di dalam mimpinya, dia dan seorang lelaki berambut oren telah berkucupan di bawah keindahan matahari yang terbenam. Dan lelaki di dalam mimpi itu merupakan rakan sekelasnya, Shimizu! Aka selalu menyangka Shimizu membencinya kerana lelaki itu tidak pernah melayannya dengan baik. Dan ketika mereka diberi peluang untuk bertugas bersama-sama, Aka mula sedar bahawa segalanya hanyalah satu salah faham. Turut dimuatkan adalah cerita pendek tentang pandangan sebenar Shimizu terhadap Aka!
Price: RM 5
15 - 24 WARNA
Art & Story By: Chiba Kozue
Synopsis: Nanaka, 15 tahun. Pada hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah tinggi - di bawah pohon sakura yang berserakan kembang, dia telah berselisih dengan seorang pria yang bajunya dilumuri cat. Nafasnya seakan terhenti, terpana dengan lirikan matanya - seperti perasaan yang sedang mekar berbunga. Ini semestinya cinta. Dia... senior Hajima... kesedihannya... dan juga cintanya...
Price: RM 5
16 - NEXT STATION
Art & Story By: Xanseviera
Synopsis: 21 komik Xansiera dibukukan - ikuti perjalanan karier beliau sebelum tiba ke Next Station...
Price: RM 5
17 - MINI LOVE 
Art & Story By: Panu Nateenan
Synopsis: If you love someone you say it, you say it right then, out lou, or the moment just passes you by. Jika kau suka pada seseorang, katakanlah, katakanlah pada ketika itu juga, dengan terus terang, atau detik itu akan berlalu. -Love Actually-
Price: RM 6
18 - KU IMPI EUFORIA CINTA KITA
Art & Story By: Ozaki Ira
Synopsis: Sebelum hati disakiti, saling membenci; lebih baik putuskan ikatan cinta dan kekal sebagai kawan biasa. Itulah jalan yang dipilih oleh dua remaja. Mereka kemudiannya mengambil jalan untuk bercuti bersama untuk kali terakhir. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah kisah cinta mereka akan berakhir dengan hilai tawa atau tangisan?
Price: RM 5
19 - WASABI 
Art & Story By: Keith
Price: RM 5
20 - LOMPATAN 1/6! 
Art & Story By: Satsuki Mikiko
Synopsis: Ada 5 rakan karib yang sebaya tinggal di kuarters pekerja yang sama. Di kalangan diaorang ada Kanna yang bersemangat dan ceria; budak pompuan yang hanya memikirkan keseronokan daripada cinta. Suatu hari, seorang budak perempuan yang sebaya berpindah ke kuarters pekerja tu. Member dah bertambah! Atau tu hanya harapan dan impian Kanna je...?! Ni la kisah pahit manis persahabatan dan cinta monyet remaja kat kuarters pekerja!
Price: RM 6
21 - COKLAT & PUDINA
Art & Story By: Fujita Nimi
Synopsis: Mengisahkan Keito yang langsung tiada jodoh dalam percintaan sungguhpun sudah berada di tahun dua sekolah menengah rendah. Suatu pagi, dia membantu seorang budak lelaki comel yang jatuh pengsan akibat anemia. Di sebalik wajah comel tersebut, dia langsung tidak berterima kasih pada Keito malah memanggilnya "Mak cik" pula! Lebih mengejutkan, sungguhpun berbadan kecil seperti pelajar sekolah rendah, sebenarnya dia adalah pelajar sekolah menengah rendah tahun satu yang sama sekolah dengan Keito!!!
Price: RM 6
22 - SECANGKIR TEH KARAMEL
Art & Story By: Usami Maki
Synopsis: Bagi Nozomi, dunia ini mempinyai pelbagai kemungkinan kecuali fenomena "cinta pada pandang pertama." Begitupun, pandangan bongkaknya itu telah terlerai pada suatu hari apabila hatinya tertarik kepada seorang pelayan di sebuah kafe. Tanpa menghitung terlebih dahulu, Nozomi meluah rasa cintanya dengan terburu-buru dan seperti dijangka, ia telah ditolak oleh lelaki tersebut tanpa mengambil masa yang lama. Tatkala perasaan marah, sedih dan putus harapan bergaul satu, Nozomi mendapat peluang pekerjaan di kafe yang sama; bersama peria tersebut bekerja dengannya di bawah satu bumbung. Adakah benar kenyataan Nozomi bahawasanya perasaan cinta sejati hanya akan wujud "pada pandangan kedua?" Ataupun, terdapat pengajaran daripada Tuhan yang jelas di sebalik sekalian sandawara ini?
Price: RM 5
23 - SNAP!
Art & Story By: Xanseviera
Synopsis: Pada mulanya Ruby menyangka dia hanyalah gadis biasa berusia 10 tahun. Sehinggalah dia didatangi dua dewa misteri yang boleh mengabulkan apa sahaja hajatnya. Lalu bermulalah pengenbaraan Ruby dan ayahnya, Audrey Autumn ke Dunia Magik. Dibantu oleh Zack (Pengawal Unsur Air) dan Rico si serigala jadian (Pengawal Unsur Ghaib), Ruby perlahan-lahan mencari siapa dirinya yang sebenar. Pertemuan demi pertemuan tidak disangka berlaku dan akhirnya dia tersepit dalam peperangan antara saudaranya sendiri. Mungkinkah Ruby bertemu kembali dengan ibu dan ayah kandungnya? Apakah misteri di sebalik buku pemberian ayahnya? Dapatkah dia mencari kebahagiaan sejati? Apa pula yang perlu dikorbankan untuk mendapatkan kebahagiaannya itu?
Price: RM 6
24 - CINTA DI BURGER TIME
Art & Story By: Jinna Mai
Synopsis: "Saya Kotoha Saotome, pelajar tahun satu sekolah menengah tinggi. Saya bekerja sambilan di Burger Time tanpa pengetahuan pihak sekolah. Saya sanggup ambil risiko bekerja walaupun ditegah pihak sekolah kerana saya ingin mendekati seorang pekerja di Burger Time yang bernama, James. Pada suatu hari tu, seorang pengawas, Kujou ternampak jadual kerja saya yang tercatat di dalam diari kepunyaan saya, Kujou, mintak-mintak dia tak pecahkan rahsia saya kepada pihak sekolah! Saya sangat enjoy bila bekerja di Burger Time!"
Price: RM 5
25 - FULL MOON JOKER
Art & Story By: Takamiya Satoru
Synopsis: Yukihara Mutsuki adalah pelajar tahun pertama di Sekolah Tinggi Mutsuki. Dia mempunyai kebolehan yang agak pelik, iaitu kebolehan mendengar dan merasai perasaan orang lain. Namun, seperti gadis-gadis biasa, dia cuba mencari cinta. Suatu hari, Mutsuki bertemu lagi dengan seorang jejaka yang pernah duduk disebelahnya di dalam tren. Adakah pertemuan ini ditakdirkan? Mutsuki rasa begitu...
Price: RM 5
26 - PERAMAL MASA DEPAN
Art & Story By: Natsuna Kawase
Synopsis: Deenay merupakan sebuah negara yang diterajui oleh seorang ahli nujum bernama Tuan Gran yang sangat terkenal dengan kehebatannya. Tia, seorang perawan yang diutuskan ke Deenay, sebenarnya seorang pembunuh yang ditugaskan untuk membunuh Tuan Gran. Tia yang kecewa dengan kehidupan dan kegagalannya menyempurnakan misi menamatkan riwayat ahli nujum tersebut telah diselamatkan oleh Ketua Panglima Rees. Sebuah kisah cinta peruntungan nasib.
Price: RM 5
27 - TANGISAN KURA-KURA 
Art & Story By: Nishi Keiko
Synopsis: Nakagawa Makoto ialah seorang pegawai polis bahagian jenayah sivil yang tegas namun dia amat meminati komik, malah dia telah menghasilkan sebuah komik remaja perempuan (shoujo) secara senyap-senyap. Dia kemudiannya bertemu dengan seorang penuntut sekolah tinggi bernama Kouzuki Kureha di sebuah restoran. Dia menunjukkan manuskripnya kepada Kureha. Tersentuh dengan kehebatan komik itu, Kureha memaksa Nakagawa pergi ke sebuah syarikat penerbitan di Tokyo...! Jalan hidup seorang lelaki yang sentiasa bersut dan berkaca mata dengan seorang pelajar sekolah tinggi yang cantik telah bertembung!!!
Price: RM 5
28 - SEGI TIGA RAHSIA 
Art & Story By: Ohya Kazumi
Synopsis:Mochida Suzu dan ibunya tinggal dan bekerja sebagai orang gaji di kediaman orang kaya Nakatsugawa untuk menampung hidup mereka berdua. Pelajar sekolah menengah rendah ini telah jatuh hati secara rahsia dengan Shuuichi, anak lelaki sulung keluarga itu yang hebat dan baik hati. Tetapi anak lelaki bongsu keluarga itu, Shinji juga telah meluahkan perasaannya menyebabkan keadaan bertambah kompleks... Tersepit di dalam keraguan, si gadis dan sang jejaka menemui cinta dan kebahagiaan...?!
Price: RM 5
29 - KAMIKAZE GIRLS 
Art By: Kanesada Yukio
Story By: Takemoto Novara
Synopsis: Momoko merupakan seorang gadis Lolita yang merasakan dirinya seolah-olah terperangkap di dunia keliling yang serba mapan. Ketika asyik mengimpikan kehidupan yang lebih berwarna ala zaman Rococo, dia bertemu dengan Ichigo, ahli geng motor yang hidup hanya berlandaskan kejujuran, setia kawan dan buku lima. Tanpa sedar jadinya, terciptalah sebuah persahabatan yang lari dari kelaziman tatkala mereka bersatu dalam misi mencari penyulam legenda - yang kebarangkalian mampu menjadikan impian mereka selama ini lebih sekadar bertanggam di minda.
Price: RM 5
30 - AKU TAK NAK KAU LA!
Art & Story By: Sugiyama Miwako
Synopsis: Nama aku Yui. Aku baru je putus cinta. Demi mencari cinta baru, aku keluar dari rumah untuk pergi ke tempat yang ada ramai lelaki. Jadi aku ambil keputusan untuk tinggal di asrama sekolah. Tapi kenapa bila aku masuk je kat situ, aku tengok ia penuh dengan orang-orang yang pelik?
Price: RM 5
31 - FACES
Art & Story By: Bob
Synopsis: Di samping kisah cinta yang berwajah seribu, Bob juga menyampaikan mesej-mesej penting berkaitan dengan hubungan cinta anak muda - untuk tauladan bersama.
Price: RM 6
32 - CINTA, BERTAHANLAH! 
Art & Story By: Sugiyama Miwako
Synopsis: Seri dah lama menaruh hati pada jirannya, Kou yang setahun lebih tua darinya. Tetapi rupa-rupanya Kou sukakan kakak Seri, Nana yang merupakan gadis paling jelita ala-ala permaisuri di bandar mereka. Dan pastinya Seri perlu mengambil langkah terlebih dahulu untuk menandingi kakaknya dalam permainan cinta ini...  Namun Seri malu dan tiada keberanian untuk meluahkan perasaan. Seri beralih kepada rakan sekelasnya, Ikushi untuk berbincang dan mendapatkan nasihat. Ikushi yang juga meminati Nana menyokong penuh Seri lalu gadis itu mengambil keputusan menghalang  luahan cinta Kou. Bermulalah perang cinta. Siapakah yang mampu bertahan hingga ke akhirnya?
Price: RM 6
33 - BORN 
Art & Story By: Bram
Price: RM 6
34 - SELAMI RENTAKKU 
Art & Story By: Kikuchi Kamaro
Synopsis: Aku sangat, sangat, sangat sukakan pemuzik terkenal - Ash. Suatu hari, di dalam kesibukan orang ramai di kotaraya ni, aku terjumpa Ash! "Sekilas pandang pun cukuplah..." kata aku dalam hati sambil bergerak menghampiri Ash. Tanpa disangka Ash menoleh lalu menyapaku. Siap tanya,"Awak nak tak jadi pembantu peribadi saya?" Macam tak percaya! Bagaimana nasib aku lepas ni ya?!
Price: RM 5
35 - ASPIRASI CINTA
Art & Story By: Mizuto Aqua
Synopsis: Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama Kanata yang jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Haruka yang ditemuinya 10 tahun lalu. Kanata berusaha mencari lelaki ini yang telah memberi ciuman pertama sekali gus berjaya mencuri hatinya dengan hanya berpandukan sekeping kad ucapan tahun baru yang diterimanya. Kanata, yang tidak kenal arah, memulakan pencariannya pada musim cuti sekolah musim panas. Dia dibantu oleh Kairi, pelajar kelas sebelah yang ditemui secara kebetulan di stesen kereta api. Akhirnya Kanata sampai ke bandar yang didiami oleh Haruka. Apakah yang berlaku seterusnya?
Price: RM 5
36 - LAWAK KAMPUS REBOUND
Art & Story By: Keith
Price: RM 5
37 - ANGEL BOY 
Art & Story By: Double Cast
Synopsis: Bila dunia berada di ambang bahaya dan diancam kegelapan dari anasir neraka iblis, para dewa terbang turun ke bumi untuk menyelamatkan sekalian umat manusia dari segala bencana!
Price: RM 6
38 - SEMERAH SIMPULAN CINTA 
Art & Story By: Nakamura Sayumi
Synopsis: Sepasang kekasih, Momo dan Kiichi. Mereka berdua berazam untuk masuk ke sekolah yang sama. Namun disebabkan keputusan akademik Kiichi yang tidak begitu menyerlah, mereka terpaksa belajar di sekolah yang berbeza. "Kita takkan berpisah hanya sebab kita di sekolah berbeza."Momo percayakan kata-kata tersebut. Tetapi Kiichi tiba-tiba memberitahu, "Lebih baik kita tidak begitu rapat." Sebuah cerita yang digarap dari sudut pandangan lelaki dan perempuan. Akhirnya telah dibukukan untuk tatapan anda!!!
Price: RM 6
39 - SATU MUSIM UNTUK SELAMANYA
Art By: Takata Yasuhiko
Story By: Ichikawa Takuji
Synopsis: Takumi Aio bersama anak tunggalnya, Yuji begitu tabah dan cekal meniti hari mendatang setelah kehilangan isteri dan emak masing-masing dua tahun lalu. Bagaimanapun pada suatu hari, mereka digemparkan dengan "kepulangan" insan kesayangan mereka yang hadir tanpa sebarang memori dan nilai identiti. Hatta, dengan itu bermulalah episod baru kehidupan mereka bertiga. Apakah erti realiti dan misteri di sebalik "musim yang penuh dengan keajaiban" itu? Pastikan anda mengikuti kisah cinta mistik ini hasil nukilan Takuji Ichikawa bersama komikus hebat, Yasuhiko Takata.
Price: RM 5
40 - CERITA BUATMU 
Art & Story By: Ozaki Ira
Synopsis: Pada tahun ke-11 Showa, Hikari, anak seorang perempuan simpanan yang dibesarkan di rumah Hozumi menerima sebuah lamaran. Namun, dia masih menaruh hati pada Kousuke, saudara jauhnya. Dia tak mampu berterus-terang kerana dia tahu bagaimana perasaan Suzuko, anak sah isteri ayahnya. Dia mendapat sokongan adik kembarnya, Akari yang dibesarkan oleh keluarga lain. Mereka masih berutus surat secara rahsia, tapi apa yang dapat mereka lakukan..?
Price: RM 5
41 - ERTI KEDEWASAAN
Art & Story By: Washio Mie
Synopsis: Walaupun kelihatan seperti gadis yang banyak pengalaman, kenyataannya Tsubaki, gadis remaja yang berusia 16 tahun ini tidak pernah mempunyai kekasih. Tsubaki tidak sabar-sabar untuk menempuh pengalaman tersebut dan menjadi dewasa! Suatu hari Tsubaki diarahkan oleh guru Matematiknya, Cikgu Shiina supaya menghadiri kelas tambahan. Tsubaki bergelut dengan emosinya apabila ekspresi guru itu berlainan dari biasa ketika mereka berdua sahaja di dalam kelas tambahan selepas waktu sekolah.
Price: RM 5 

42 - KAORU'S CAKE HOUSE
Art & Story By: Kaoru
Price: RM 5
43 - CINTA ORANG TIN
Art & Story By: Sachi Minami
Synopsis: Nabiki Oukawa bercita-cita untuk menjadi pembuat patung kertas (stuffed toys). Dia berjaya menyertai Kelab Kraf, sebuah kelab di mana semua ahlinya mempunyai matlamat untuk menjadi ahli kraf profesional. Di sana, dia menemui Itsuru Fukamachi yang bercita-cita untuk menjadi pereka kraf logam... Cinta sekolah Nabiki nampaknya akan bermula!
Price: RM 6
44 - BAGAI SIHIR, JATUH CINTA PADAMU
Art & Story By: Chiba Kozue
Synopsis: Cahaya mentari terpancar lembut pada isi kedai; haruman aneka ban tersusun selari. Kerana dah lama idamkan untuk bekerja di kedai bakeri "Saint Molly", Miko datang ke bandar Tokyo. Terkejut dengan pengalaman bekerja buat kali pertama yang ternyata sukar, namun pada masa yang sama dia berasa lebih bersemangat. Pemangku pengurus kedai, Natsu, sebaya dengannya malah mereka tinggal di bangunan apartmen yang sama. Mereka juga sama-sama sukakan ban. Mungkinkah persamaan mereka menandakan permulaan kisah cinta yang manis...?!
Price: RM 6
45 - MENGINTAI BUSUR BERADU
Art & Story By: Motomi Kyousuke
Synopsis: Setelah mengalami kecederaan lutut ketika membuat persembahan balet, Anna Katsuragi - yang digelar "Primadona Genius" oleh masyarakat sekeliling - menyertai kelab memanah di sekolah kerana tercabar dengan desakan Jinnai Takeru, musuh ketatnya sejak zaman kanak-kanak. Tanpa sebarang jangkaan tatkala mengharungi rintangan diberi, Anna mula menyedari erti "primadona" seharusnya terletak sejajar dengan resmi padi - semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.
Price: RM 5
46 - ZAMAN GADIS
Art & Story By: Natsuna Kawase
Synopsis:Hazuki adalah anak bongsu daripada empat beradik. Walaupun Hazuki seorang lelaki, dia mahir dan cekap melakukan kerja-kerja rumah berbanding kakak-kakaknya.(?!) Pada suatu hari, junior kakaknya yang bernama Mana datang ke rumah dan berlakulah sedikit kekecohan! Hazuki tidak dapat berhenti memandang Mana yang sangat cuai dan kelam-kabut kerana...?
Price: RM 5
47 - BIARPUN BUNGA TIDAK MEKAR 
Art & Story By: Yasuko
Synopsis: Jika kehadiranku hanya melukakan dirimu, aku lebih rela menghilangkan diri. Alangkah baiknya jika kuasa ini hilang selamanya. Inilah duka lara tiga kisah cinta yang penuh emosi.
Price: RM 6
48 - UBATKU
Art & Story By: Takamiya Satoru
Synopsis: Inori, pelajar terbaik Sekolah Sihir Perempuan, perlu menyediakan 'Posyen Cinta' sebagai ujian terakhir sebelum tamat pengajian. Demi itu Inori tingal di rumah Aoi dan cuba untuk membuat jejaka itu jatuh cinta padanya - syarat utama penyediaan posyen tersebut. Namun ketidakserasian mereka berdua menyebabkan mereka sering bergaduh!!! Bagaimanakah harus Inori mendapatkan cinta Aoi...?!
Price: RM 5
49 - STAR POST
Art & Story By: Nakamura Sayumi 

Synopsis: Star Post merupakan sebuah laman web yang misteri - hangat diperkatakan oleh para pelajar di sekolah Asuka. Pada suatu hari, Asuka berjaya mengakses laman web tersebut yang sememangnya sukar untuk dimasuki kerana tiada siapa tahu cara untuk masuk ke laman web tersebut. Walaupun masih ragu-ragu dengan laman web itu, Asuka mula berbincang dengan penasihat misteri di laman web tersebut mengenai dirinya dengan Ryohya - pelajar senior yang disukainya secara rahsia. Apakah yang berlaku selepas itu? Kisah 'takdir cinta' ini adalah nukilan kisah romantis di alam persekolahan.
Price: RM 5
50 - BENARKAN AKU JADI PELAYANMU
Art & Story By: Toma Rei
Synopsis: Kisah palayan super comel dan butler sebuah kedai kopi (Crown). Suatu hari, semasa Yuzuko diganggu gengster, seorang pelayan cantik yang bekerja di kawasan berhampiran datang memberi pertolongan. Walaupun dia perempuan, tapi Yuzuko rasa berdebar-debar. Siapakah pelayan itu...?! Inilah kisah cinta hebat dari Rei.
Price: RM 5
51 - 1/3 ROMANTIKA
Art & Story By: Shibano Yuka
Synopsis: Hana baru sahaja mula berkapel dengan Tokumoto, seorang yang sangat feymes di kalangan pelajar perempuan dan sentiasa menjadi tumpuan ramai di dalan kelas. Hana semakin rasa suka dan sayang pada teman lelaki barunya itu yang sering mencuit hati dan mengambil berat terhadap dirinya. Tetapi suatu hari Hana mendapat tahu tentang kisah bekas teman wanita Tokumoto. Tanpa diduga, bekas teman wanita itu adalah cikgu mereka sendiri.
Price: RM 5
ALL PHOTOS ARE TAKEN FROM MY COLLECTION.
I'M NOT SELLING NEW BOOKS BUT USED BOOKS.